Antara adik-adik aku yang lain..Dia ni nampaknya ada bakat untuk menjadi mcgyver..Pernah satu hari, dia pomen basikal yang sedia elok sampai putus tali brek dan patah handle.. Pernah juga dia cuba men'start motor skuter di rumah tanpa pengetahuan sesiapa . nasib baik aku ternampak cubaan tersebut yang aku kira berjaya tapi kemudian dia terpaksa mengejar motor skuter tu.. menjerit juga aku tengok.. gila kot, motor tu dah nak belanggar dengan dinding manakala dia pula masih sedang memegang motor tu.. lalu hinggap sekeping penampar dari kakak aku ke badannya..
Dan sebab dia juga, aku jarang nak simpan barang kat rumah.. 99% kebarangkalian untuk lingkup sebab kena pomen dengan dia memang ada!!!
Dari sudut pembelajaran , adik aku yang bongsu ni boleh di kategorikan sebagai sederhana lemah.. Dalam darjah 5 ni aku rasa dia baru sahaja terer membaca dan menulis .. itu pun sebab facebook rasanya.. Kalau tak macamana dia nak chatting atau menulis status kan?
satu benda yang membimbangkan aku sejak dia dah terer membaca dan menulis ni ialah apabila aku ternampak satu status yang melibatkan tentang penggunaan susu ibu..Tergamam aku kejap tadi..

adik ko kelako doh!
BalasPadambhahaahahahahahahahahah !! ayoyoyo
BalasPadammcgyber, yes...suka buat sesuatu diluar jangkaan
BalasPadamsyeila, hahaha