13.7.11

Dialog bersama mamak Hamed

12 Julai 2011 - Jam 8 malam

Habibah Saad (bukan nama sebenar) dan Hasyati Hamdoon Irsyad Zamani (juga bukan nama sebenar) singgah di kedai Mamak Hamed untuk menikmati makan malam.  Semasa sedang menunggu juadah sampai Habibah yang teringin menjadi wartawan tapi tak pas SPM  menemuramah Mamak Hamed(mungkin anak kepada Hamed sebab  Habibah kata muda-muda juga orangnya).

Habibah :  Mamak, itu 9hb u ada bukak kedai ke?

Mamak Hamed : tak dak buka, polis datang beberapa hari sebelum suruh kita tutup.

Habibah : Oh, rugi la mamak tak bukak, kawan saya yang pergi itu hari kata ada 2,3 kedai bukak laku sampai stok air pun habis tau mamak.

Mamak Hamed : takpa lah, kita pun tak tau boleh bukak itu hari. kita pun faham, mungkin dorang takut barang pecah ke apa. takpa, boleh rehat sikit. semua orang seronok dapat rehat . keh4 (pause)  semalam ada 2,3 orang datang minta kita pergi court, saman dan buat pampasan.. kita taknak. kita pun faham kenapa itu orang semua buat perhimpunan.. keh3.

Habibah : keh3

toink toink ..murtabak, tosai dan teh tarik 2 gelas hinggap di meja  Habibah Saad (INGAT! bukan nama sebenar) dan Hasyati Hamdoon Irsyad Zamani (INGAT!juga bukan nama sebenar) makan dengan rakusnya.

tiba-tiba......


Aduh!! 



sape baling tosai masuk tekak Bibah ni..Sekian dari bilik berita. Salam hormat dari saya. Habibah Saad.

*memang nasib wartawan selalu  kena BALING  dengan objek.. aduh! sakitnya tekak ! aduh! sakitnya tekak!



Dialog kedua, Habibah sedang cuba test power kewartawanan beliau dengan cuba mendapatkan Auntie Annie Ooi untuk di temuramah.


God bless you

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jangan lukis-lukis. tulis je