15.7.11

CONDOLANCE

Pertama kali aku berhadapan dengan dia tahun 2008. Aku tak kenal dia siapa. Masa tu aku tolong Da Huang di Art for Grabs . Dia atau mungkin dia membantu kawan  menjual clay products dan cd bersebelahan meja aku. Dia senyum aku pun senyum.Cuba bercakap tapi malangnya aku tak faham . Masa tu aku ingat dia orang thailand.

Selepas-lepas tu, aku selalu nampak dia di sekitar Annexe. Itu jam , petang-petang aku akan lepak dengan Aiman dan beberapa orang kawan di Rice cooker Shop.. Masa tu aku dah tau dah nama dia..Avroco Nasir. tapi mungkin sebab namanya Avroco aku masih percaya dia orang thailand dan aku cuma tersenyum.Nak bercakap takut tak faham dalam keadaan bahasa inggeris aku pun 10 peratus. Risiko untuk perbualan menjadi serupa itik bercakap dengan kucing mungkin ada. jadi aku terus senyap dan hanya senyum senyum dan senyum  bila saling memandang ..OH RUGINYA! :(

Entah bila, aku add dia atau dia add aku di fesbuk dan sejak itu juga, dia rajin buzz aku di chatting. Bertanya khabar ,berbual dan lain-lain. tapi entah kenapa setiap kali nampak dia di mana-mana event aku masih lagi malu nak menyapa secara berdepan dengan dia. OH! SANGAT SANGAT RUGI!!! :(

Tahun lepas di Annexe, masa event Art For Grabs, masa tu aku sedang lepak bersama Mislina dan Aboi..Dia datang bersama Azreen dan kemudian Ayam melepak sekali. Itulah kali pertama dan kali TERAKHIR aku duduk semeja dengan dia dan bersembang tentang apa aku dah tak ingat. tapi yang pastinya itu kali pertama dan kali terakhir aku dengar suara dan bersua muka dengan dia. :(

Minggu lepas, aku dapat mesej dari John mengatakan Avroco masuk hospital. dan masa tu agak terkejut juga. Niat untuk pergi melawat tapi sekadar niat. Aku tak mampu ke sana kerana kekangan kerja dan kenderaan. beberapa hari selepas tu, aku baca di wallpost dia, mengatakan dia sudah discharge dan dalam fikiran aku sangka dia sudah sihat. alhamdulillah . Setelah beberapa hari dia kembali ke hospital dan pada 13/7 jam 8mlm ,john menghantar mesej mengatakan yang Avroco sedang kritikal dan telah di masukkan ke ICU. Masa tu aku hanya mampu berdoa moga dia stabil. Aku masih belum puas mengenali Avroco dan jam 3.30pagi ,sekali lagi John menghantar mesej mengatakan Avroco sudahpun kembali pada yang esa. Masa tu aku sudah pun tidur. Jam 8pagi aku bangun dan termenung sebentar langsung aku telefon John dan bertanya dimana lokasi Avroco dan John bagitahu aku yang Avroco sudah dia bawa ke Kuala Terengganu untuk di kebumikan di sana. Aku call Aiman untuk kalau sekiranya dia mahu kesana ,nak juga aku beri penghormatan terakhir malang sekali tak kesampaian.

Avroco,
perkara paling ralat sekali adalah aku tak bagitahu kau yang aku ingat kau orang thailand . Maaf andai kata aku terlupa untuk membalas senyuman dan chatting dari kau. Jangan risau, kawan-kawan kau di sini semua berdoa untuk kesejahteraan kau di sisi tuhan. dan aku dah pesan pada bapak aku untuk jaga kau seelok-eloknya di sana.

RIP Avroco .. Kau akan sentiasa di ingati



4 ulasan:

  1. aku hanya berjumpanya sekali. KLAB 2011.
    aku lalu lalang. dia pandang aku.
    kami senyum.

    itu yang aku ingat.

    kita semua akan temankan orang yang kita sayang dan co juga 1 hari nanti.

    BalasPadam
  2. aku berjumpa d rumah api.. masing2 xmengenalie.. tetapie aku taw.. dia seorang yg best
    al-fatihah

    BalasPadam
  3. mahu pown aku xpenah kenal dia..
    tp aku taw dia seorg yg hebat..
    aku mengenalie dia time aku ke rumah api.. noisy studio..
    pape pown ko mmg power dud

    BalasPadam

jangan lukis-lukis. tulis je