21.2.11

Hari Ahad, Angin dan Mati hidup semula

Hari Ahad aku bermula pada jam 1.00 tengahari. Bangun tidur , bergolek atas toto sambil tengok Melodi. Kemudian cari santapan pagi+ tengahari yang bermula waktu Asar. Its a brunch for me bebeh!

Kekasih gelap datang untuk mengajak aku bertemu janji. (Sebenarnya aku yang ajak ) dan lokasi harini di Mid Valley. Ah! Mid Valley, tempat yang mengingatkan aku tentang kenangan-kenangan silam tapi aku rasa aku dah cukup kuat kot nak hadap? er KOT?!

Tadi buat survey ke atas Oven-oven murah dan yang paling murah berharga RM128. Murah ke?

dan konon-konon nak bershopping tadi. tapi macam biasalah aku tak tau nak beli macamana.(Ye, macamana sebab aku tau aku nak beli apa.) Aku memang bongok sikit bila datang bab membeli belah. Sebab tu baju yang aku pakai sama je sebab ber shopping setahun sekali. tapi seluar  yang aku dah pakai selama 6 tahun dah koyak tang pungkoq. nak kena beli juga!!!! macamana? macamana?

but the best part harini, Kekasih gelap bawa aku masuk Yamaha. Kitorang pergi ke bahagian piano. dan dia mainkan satu lagu. walaupun bukan untuk saya ( sebab dia nak test power) tapi saya rasa oh! Sweetnya lelaki hodoh ni..And kami decide nanti akan ada piano kat rumah. yeay!! Dahlia dengan  Orked mesti suka.. he he!! (aku bagi nama kat anak perempuan je)



lagu ni la tadi. lagu ni !  Cayaq!

btw, Kekasih gelap masuk Utopia bulan ni. Jangan lupa beli! : )

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AAJ,
Rindu tu macam angin
Ikut suka hati nak datang bila
Kadang- kadang lama
Kadang kadang sekejap
tapi dah nama pun angin
Selama manapun dia datang
Dia akan pergi juga
ye dak? : )

3 ulasan:

  1. "yeay!! Dahlia dengan Orked mesti suka.. he he!! (aku bagi nama kat anak perempuan je)"

    sweetnya.....

    BalasPadam
  2. tu lah. rugi kan tk mengorat aku dulu. ahahaha

    BalasPadam
  3. letak fatin dahlia dan fatin orked mesti lagi cun n cantik cam fatin farhanah

    BalasPadam

jangan lukis-lukis. tulis je