1.11.10

48 jam dan 3 minit

sepanjang hari minggu saya bersama beberapa rakan telah menyertai KL 48 hour film project. Memang sangat thrill. dalam masa 48 jam nak buat shortfilm. its really an adventure. Debar dia macam rasa nak jawab paper SPM.. pergh!

Jumaat

6.30 pm  Vovin selaku ketua pasukan ke FINAS untuk cabut genre .

7.30 pm. undian di cabut dan  yeah kami dapat buddy film which is takde terlintas dalam otak  akan dapat genre tu. Prop yang di beri ialah bola golf dan dialogue line " Okay, tell me what is the problem now"

 Perasaan libang libu dah mula terasa.  Lagi-lagi bila pelakon kami masih samar-samar. and at last! Kami mengumpulkan rakan rakan untuk dijadikan pelakon. Thanks to Luby and the bf, dila raden, mail ( import dari Lepih), Shirou ( our PM), Ilham and Kekasih hati pengarang jantung saya . THANKS A LOT!!

8.30 pm. Kami mula bermesyuarat dan fikir idea untuk shortfilm kami. Untuk malam tu Vovin selaku penulis skrip dan pengarah terpaksa bersengkang mata menyiapkan skrip. manakala saya TIDUR untuk simpan energi untuk production dan post..


Sabtu

9.00 am Berkumpul di Perkarangan Ukay Perdana . dan kemudian terus bergerak ke UYA Distro . Thanks to Luca kerana membenarkan kami menggunakan Uya!

11.30 am Semua krew terlibat mula menjalankan tanggungjawab masing-masing. SHOOTING SHOOTING!!

6.30 pm. Proses Produksi tamat. dan tibalah giliran saya untuk BERSENGKANG MATA!


8.30pm. Proses transfer tape bermula. di Delias Studio.. Company abang sedara saya yang hensem lg menawan kalbu..  amir jgn la marah!!!!

9.00pm KAMI PERGI LAUNCHING UYA!! yes! walaupun sibuk dengan pertandingan, kami tetap ber UYA. yeah!

12.30 am. Transferring tape tamat. dan proses post pun bermula...................................


Ahad

11 am. Proses Offline dan color grading tamat.

12.30pm  Proses memasukkan efek efek khas. dan disini saya mengalami beberapa masalah dan menyebabkan pembaziran masa . Luckily. masalah berjaya ditangani.


4.00 pm Ke studio Panda, Saya masih menyunting kesan-kesan khas . Manakala Mail dan Iqbal sedang sibuk mencipta muzik untuk cerita kami . Masa ni debar tak payah nak cerita. Dengan sound tak masuk lagi. editing tak siap lagi..

7.21 pm Editing siap tapi masih belum rendering. saya , vovin, iqbal dan Dila Raden melulu ke FINAS. Vovin bawak kereta macam nak terbang nyawa.  dan masa ni, saya masih rendering .

7.25 pm Sampai di FINAS. dan akhirnya disqualified. ( jam diorg dah 7.33) uwaa!!!!


Tapi takpe. Walaupun tak berjaya dan sedikit terlewat. Kami sebenarnya menang dari segi pencapaian diri sendiri. :)

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada yang membantu dalam proses perlaksanaan filem pendek kami. terutamanya kepada abang saudara saya yang banyak membantu dalam proses peyuntingan..Mintak maaf kerana terlepas pandang.saya menulis dalam keadaan tergesa-gesa tempoh hari.


Oh ya, yang disqualified masih boleh menang people's choice award. kepada yang nak vote, Jemput hadir ke ASWARA pada jam 2pm. Bayaran masuk RM10. :)


Tahun depan kita masuk lagi eh eh!!!

4 ulasan:

jangan lukis-lukis. tulis je