3.9.10

21 Ramadhan 1431 ( 31 Ogos 2010)

Merdeka aku untuk tahun ni tak vogeh macam tahun lepas.

Kalau tahun lepas penggembaraan dari Ipoh sampai ke Pulau Pinang. Tahun ni tengok bunga api kt kawasan perumahan je.

Memang tahun ni nampaknya akan menjadi tahun bersederhana aku . Nak buat macamana kewangan tak mencukupi.i. Takkan nak minta sedekah pada Puan Mardiah lagi? Malu lah! he he

Kembali pada cerita 31 Ogos 2010.

Aku tak nak tuliskan tentang harapan aku terhadap negara. Bukan Najib baca pun blog aku . So, dari aku berpong pang pong pang bermanifesto tentang harapan untuk negara adalah baiknya aku membuat azam dan harapan untuk pembebasan kepada diri sendiri dahulu .

Perkara Pertama yang aku harapkan ialah tentang memerdekakan diri dari kadar kemarahan.
Minta maaf mak, adik beradik, atok , kekasih dan rakan-rakan yang selalu menjadi platform amarah saya. Saya akan cuba memerdekakan diri saya untuk tabiat itu.

Kedua. Pembebasan dari perangkap manusia-manusia pentipu.
Aku harap aku dapat kuasa untuk buat kan aku detect siapa yang jujur dan sebaliknya. Untuk tempoh beberapa bulan ni adalah beberapa kali aku terkena..

Ketiga .Pembebasan dari ketiadaan idea. 
Otak, saya harapkan awak dapat berkhidmat dengan baik. Saya sudah mula mengamalkan cara hidup yang sihat supaya awak sentiasa bertenaga dan aktif . =)

Keempat. Pembebasan dari masalah kewangan. Tolong doa kan aku kaya raya. :)


Kelima, Saya nak main panah panah hati . (xde kena mengena) tapi korang boleh cuba.

2 ulasan:

  1. janganlah tulis dan abaikan.sebaiknya cuba dengan sepenuh hati.baru tiada alasan dapat dipertikai

    BalasPadam

jangan lukis-lukis. tulis je