21.8.10

11 Ramadhan 1431

Macam hari sebelum ni, Aku memang kunci jam untuk tidak bangun sahur. lagi pun harini kan cuti hari minggu.. Tak banyak kerja. Boleh lah tidur sampai koma. Pukul 6 petang baru get ready mandi.


Tapi mak aih. bila tidur banyak sangat pun masalah juga rupanya. baik aku buat kerja. xla rasa lembik macam ni.

ok.tamat disitu.

Juadah berbuka puasa aku harini ialah:



asyik barat & tradisional je. kadang-kadang kena juga ada jepun sikit. Baru la adil dan saksama. Tengah-tengah makan tadi aku ada terfikir satu benda. Aku ingat nak buka francais sushi kat pasar malam. tengok macam tak de lagi orang meniaga sushi kt pasar malam. So, kalau aku open table konform laku punya. Kan kan?

lepas dah untung boleh berhenti kerja . Buat kerja ni full time. Insya allah kalau dah untung sangat aku boleh la buka kedai satu dua bijik. Kalau dah terlebih untung tu duit tu aku bagi mak aku pergi Haji. Pastu cepat sikit aku kahwin. Mak aku tak lah bising-bising dah. Lagi satu, dalam kedai sushi aku nanti aku taruk live band section. tiap-tiap hari aku suruh Iqbal M dengan Dramatic main kat situ sampai tua.


Ha lepas tu lagi, lepas dah kedai aku betul-betul maju, bolehla aku buka butik, kedai kasut, kedai eskrem. tak lupa juga production house yang aku cita-cita selama ni. dah buka production haouse mesti nak kena ada kamera, lampu, audio semua, ha.. jadi tercapai la cita-cita aku dah selama ni. kan kan.

Lepas dah buka production. Dah ada barang-barang yang aku cita-citakan tu .Mestilah aku nak buat filem. Filem aku mestilah nak gah. Mestilah nak masuk Filem Festival. Kalau tak gah aku rasuah lah juri sekupang dua. Aku kan dah kaya. Takat nak bagi Mercedes sebuah tadahal lah. Amacam?

ITU SEMUA KALAU AKU BUKA GERAI SUSHI. KALAU TAK BUKA???

Kalau tak buka. Aku cuba jadi pekerja yang baik hati, berhemah, rajin, buat Overtime dan kahwin dengan orang kaya. Lepas tu aku terus boleh buka Kedai sushi.tak payah susah buka gerai tu.

ITU PUN KALAU AKU KAHWIN DENGAN ORANG KAYA??

Kalau tak kahwin dengan orang kaya, aku cuba jadi pekerja yang baik hati, berhemah, buat Overtime dan mungkin aku akan naik pangkat. Bila naik pangkat gaji mesti naik. Lepastu,boleh lah aku beli mac pro sebijik dua letak kat rumah lepastu berhenti kerja buat freelance je. dah agak-agak kaya beli kereta.,rumah, hantar mak aku pergi haji. Buka production .tak lupa juga kedai sushi.


ITU PUN  KALAU AKU RAJIN BEKRJA LAH!

6 ulasan:

  1. yayang, i sokong idea u nak bukak kdai sushi =)
    bulatkan ati n work for it ye,yayang..

    BalasPadam
  2. kalau ada duit yang..hehehe..lebiu toooo

    BalasPadam
  3. //kalau// *d a l a m p e r j a l a n a n .

    BalasPadam
  4. what a wonderful world. :)

    BalasPadam
  5. iqbal M : =)

    mhh, sANGAT INDAH BERANGAN.hehe

    BalasPadam

jangan lukis-lukis. tulis je