18.5.10

Eau de parfum

Sekali lagi ( atau mungkn berkali-kali) blog ini disisihkan. Bukan tak peduli tapi jari jemari masih tak sempat menaip sebarang perkataan.

Penggambaran dah bermula.Haruslah aku sibuk sampai serabut kepala otak. Nak kena itu, nak kena ini. .Urgh!

Sedar tak aku dah dua bulan bekerja di sini dan sepanjang dua bulan macam-macam kecelakaan yang dah terjadi.Mungkin aku terlalu clumsy atau sebenarnya kemalangan tu memang tak berbau?

1. Accident secara syok sendiri
kesan : kasut baru terbengkalai,terabak, terobek
Parut hitam yang akan menjadi tanda hingga hujung nyawa

2. Air panas berbusa
kesan : tangan masih lagi punya kesan terbakar

3. Terkunci di rumah sendiri
kesan : lewat ke pejabat ,menanti locksmith selama sejam dan mengeluarkan wang peribadi RM200

4. Terkunci bilik
kesan : lewat ke pejabat dan mengeluarkan wang RM150

5. pisau (kecederaan minimal)
kesan : pembaziran darah berlaku

6. Jatuh dengan tragis
kesan : malu jangka pendek , sakit tulang belakang (masih lagi )


Harap-harap lepas ni aku dapat bau sedikit haruman kemalangan.



5 ulasan:

  1. eau de toilett....
    malang itu berbau...huhu..
    go go chayok bainun..!!!

    kim salam kat abg2 konti yg dua org tuh...hehehe...

    BalasPadam
  2. haruman kemalangan takkan terhidu dek hidung kasar..
    hehehehe..

    BalasPadam
  3. accident prone la lu ni . . .

    BalasPadam
  4. tragisnya. pasal kunci tu mmg tak boleh dimaafkan. rm350 dah boleh bawak gua ke bali! hahahah

    BalasPadam
  5. Munirah, kehidupan la ni namanya.hahaha

    Bebob, pinjam hidung lu arh camni..huhu

    tanpa nama, kena mandi bugna kot ni

    MHH,Tau tak pa!! geram ni..hihihih

    BalasPadam

jangan lukis-lukis. tulis je