18.9.09

Cerpen jalanan II (Ramadhan's road story)

Itu hari (16hb lepas)..- Aku dapat meloloskan diri dari pejabat. Begitu juga dengan Ohm. Niat kami memonteng adalah untuk pergi menemani Arif mencari baju raya. Aku pula cuma ikut-ikut sahaja sebab masa tu aku pun guna kad kredit nak bayar laksa semangkuk.

Hari tu kami tak guna public transport kami yang biasa ( kereta ohm) sebaliknya kereta Arif. Kereta Proton Iswara yang cool berdarah merah dan ada rose cincau ais didalam bersama chewing gum yang serupa pewangi kereta.erm?0_0.

Intro perjalanan kami adalah ke Bank Mualalat. Bank yang sangat sistematik di mana aku kena gunakan buku bank untuk keluarkan saki baki wang RM80. koboi gila bukan?

Kemudian, Kami ke Yik Foong. Melihat baju-baju yang agak cool juga. Melihat kedai-kedai di situ hati aku terasa rindu sangat dengan Rice Cooker. Betul. Aku rindu sangat nak lepak kat rice cooker macam dulu - dulu.

Lupakan tetang ricecooker sebentar..

Agak lama juga kami ber tetingkap di Yik Foong. Sedar- sedar dah 2 jam. Tapi satu haram benda pun tak di beli. -__0. Ada juga yang Arif berkenan tapi saiz pula tak ada. Aku pula cuma mampu tengok -tengok ja sebab wang disaku cukup-cukup untuk buat tahi gigi. 0__0

Setelah itu, kami singgah berjumpa Chemor. Rakan lama yang sekarang bekerja di bank pengurup. Dia pernah juga bagi surat cinta pada aku semasa tingkata 5.haha..Cerita lama.

sambung cerita kembali..


Semasa ini Arif tersedar sesuatu. Keretanya berbunyi-bunyi. Mungkin lapar atau dahaga. Kami pun tak tahu. Dia periksa tayar. ok. Tapi bila memandu, keretanya masih lagi berbunyi. Aku pula dengan laser nye bercerita tentang pengalaman kereta Mak aku yang pernah berasap tahap melampau kerana kipas rosak. Arif terus tengok level tempereture. Memang dah nak maksimum!.. Dan kami pandang ke hadapan. Ya. Kereta Arif berasap!. Di tengah jalan ye..Oh demit.

Kereta berhenti tepi jalan. Aku tengok Arif. Muka dia memang agak cuak. Sebenarnyn]a aku pun berperasaan sama sebab takut juga kalau apa apa jadi. Agak lama juga lah kami lepak di tepi jalan. Setelah rasa kereta dah agak boleh jalan , kami cepat-cepat naik dan singgah di stesen mobil terdekat.

Arif buka tabung air . Kosong yang amat.Aku agak-agak macam dah sebulan juga kereta tu tak minum air. Bila masukkan air menjerit jerit tabung tu macam orang yang haus gile vavi. Betul. Aku tak tipu. Bunyi macam hantu dalam filem the grudge tu. Memang sangat scarry. Sambil-sambil tu Ohm yang memang maha lapar dengan selamba masuk kiosk beli jajan dan air. Ops! aku teman je.hahaha..tet.

Akhirnya kereta berjaya diselamatkan sama seperti jajan yang dibeli. Selamat semuanya.haha.

Jam 6 kalau tak silap Kami ke bazar. Jenguk-jenguk masaalodeh dan otak-otak. Arif pula nak pulang berbuka di rumah Jadi dia hantar kami ke rumah Ohm. Sementara menunggu kereta Ohm sampai. (Mak Ohm guna kejap haritu) sempat jugalah aku kena buli masak sardin tin kecil. Siot ye kau orang.


Sementara menuggu, sempat juga lah aku belajar petik gitar.haha..Pet bet dengan aku. Kalau aku petik satu lagu dia belanja aku keropok ikan 2 bungkus. Dan yeah.agak juga berjaya kot sebab dia dah hulur duit kat aku beli keropok ikan.hahaha..Tapi malang haritu keropok ikan out of stock..erm..

p/s :: walaupun tak dapat keropok ikan kami dapat makan makanan lagi terbaik dan paling gmbira freee..
















4 ulasan:

  1. cian keta tuh..sure die dhage gler..huuu

    BalasPadam
  2. sis,
    Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek beb.

    selambe..

    BalasPadam

jangan lukis-lukis. tulis je